Profile

 
Jazs Empire Printing merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menyediakan servis printing t-shirt dan cenderahati. Kami memberi tumpuan kepada sebarang tempahan melibatkan pelajar-pelajar sekolah, universiti, persatuan-persatuan, NGO, Badan-badan kerajaan dan swasta serta individu-individu yang mahu memiliki t-shirt dan cenderahati daripada kami.

Jazs Empire Printing beroperasi secara online mahupun ofline. Kebanyakan urusan transaksi kami beroperasi secara online. Kami juga boleh menerima sebarang temu janji untuk bertemu dengan klien bagi memberi keyakinan dan kepuasan kepada semua klien kami. Kami berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat yang terbaik buat klien yang menggunakan servis kami.

Profile pengusaha
Jazs Empire Printing ditubuhkan oleh saudara Jazlan Rozali yang merupakan seorang pelajar Universiti Malaya dan mengambil jurusan Sains Geologi. Anak kelahiran Selangor ini mengambil inisiatif memulakan perniagaan t-shirt printing dan cenderahati bagi memudahkan para pelajar di kampus untuk membeli t-shirt printing untuk tujuan aktiviti kolej, persatuan, jabatan dan sebagainya. Bagaimanapun, jaringan syarikat ini turut diperluaskan ke serata Malaysia untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment